Thursday 15 October 2015

PERBEZAAN ANTARA AIR CRASH INVESTIGATION DENGAN CRIMINAL INVESTIGATION

Apabila Air Crash Investigation Report MH17 dikeluarkan oleh Dutch Safety Board, ramai yang pertikai mengapa tidak dinyatakan pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh penerbangan MH17. 

Untuk pengetahuan anda, Dutch Safety Board hanya mempunyai kuasa untuk menyiasat punca yang menyebabkan MH17 terhempas. Mereka tiada kuasauntuk melakukan siasatan jenayah mencari pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh MH17. Ia di luar bidang kuasa Dutch Safety Board. Maka mereka hanya bertanggungjawab untuk mengeluarkan laporan punca yang menyebabkan MH17 terhempas, bukan siapa yang bersalah menembak jatuh MH17.

Untuk mencari siapa yang bertanggungjawab menembak jatuh MH17, ia perlu dilakukan oleh pihak lain. Proses ini dipanggil siasatan lanjutan, disambung selepas selesainya siasatan punca terhempas. Buat masa ini belum ada pihak yang dilantik secara rasmi untuk melakukan siasatan jenayah terhadap MH17. Di sini kami boleh beri contoh pihak yang boleh melakukannya seperti PDRM, Interpol, FBI, atau mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai kepakaran dalam melakukan siasatan jenayah. Setelah selesai barulah laporan seperti Criminal Investigation Report dikeluarkan bagi memberi bukti terhadap pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh MH17.

Itulah penerangan secara ringkas perbezaan antara Air Crash Investigation dengan Criminal Investigation. 




No comments:

Post a Comment