Monday 12 October 2015

CASSIDIAN SPEXER™ 2000 COASTAL RADAR UNTUK SEA BASING DI SABAH

Radar ini telah dilancarkan semasa LIMA di Langkawi. Ia menggunakan teknologi terkini AESA (Active Electronically Scanning Array), menyediakan keupayaan dalam pelbagai tugas dan pelbagai mode. Radar ini dijangka akan dipasang pada Sea Basing di Sabah.

Radar ini berkebolehan untuk mengesan sasaran bersaiz besar seperti kapal kontena sehingga pada jarak 40 km. Malah ia juga berkebolehan untuk mengesan objek kecil di laut seperti perenang dan bot kecil. Selain itu ia juga mampu mengesan objek di udara yang terbang rendah seperti kapal terbang, UAV dan helikopter.

Data keupayaan mengesan:
- Perenang (0.1 m² RCS) pada jarak 1 km
- Bot kecil, kayak, sampan (1.5 m² RCS) pada jarak 20 km
- Pejalan kaki (0.5 m² RCS) pada jarak 18 km
- Kenderaan ringan (2.0 m² RCS) pada jarak 22 km
- Lori (10.0 m² RCS) pada jarak 36 km
- Kapal besar (100 m² RCS) pada jarak 40 km
- Pesawat ringan (3.0 m² RCS) pada jarak 27 km
- Helikopter aras rendah (5.0 m² RCS) pada jarak 36 km
- UAV (0.2 m² RCS) pada jarak 9 km

Kelebihan radar ini ialah ia berupaya mengesan dengan pantas pada kawasan yang luas dan jauh, mampu mengesan dan membezakan objek yang bergerak perlahan seperti antara perenang dengan bot/sampan kecil secara automatik. Satu unit radar ini mampu menggantikan dua atau lebih radar konvesional biasa.



No comments:

Post a Comment