Saturday 28 November 2015

Malaysia dan Laut China Selatan.

Kami melihat apabila melibatkan pencerobohan kapal perang dan kapal pengawal pantai dari China dalam ZEE Malaysia, ada rakyat Malaysia yang kata kenapa tak hantar kapal selam Scorpene pergi sergah kapal China tu. Di sini anda perlu faham fungsi dan tugas utama Scorpene milik TLDM. Ada aset laut yang boleh digunakan untuk tujuan 'show off forces mission', ada yang digunakan untuk tujuan 'stealthy mission'.



Anda perlu faham bahawa operasi Scorpene lebih kepada 'stealthy mission' yang mana ia tidak boleh mendedahkan lokasi di mana ia berada. Kalau anda bagi cadangan suruh Scorpene TLDM tu untuk surface dan shadow kapal China yang menceroboh masuk dalam ZEE Malaysia, boleh buat tapi tak praktikal dan tak taktikal. Scorpene adalah lebih praktikal dan taktikal untuk buat misi senyap dan sulit. Salah satu misi kapal selam selain memburu dan menyerang kapal musuh (semasa perang), ialah membuat rondaan mengumpul maklumat pergerakan kapal perang asing secara senyap (masa aman). Untuk membuat tugasan ini, Scorpene sama sekali tidak boleh mendedahkan lokasi di mana ia sering berada di Laut China Selatan. Sebab itu kami katakan timbul di permukaan semata-mata untuk 'show off forces' dan 'shadow' kapal pengawal pantai China tak praktikal, walaupun ia boleh dibuat.
Aset laut yang paling sesuai untuk tujuan 'show off forces' sudah tentulah aset kapal permukaan, dan sudah tentu lebih baik jika kapal perang permukaan tersebut 'bertaring' (seperti mempunyai persenjataan peluru berpandu dan torpedo berbanding sekadar hanya mempunyai meriam). Buat masa ini kapal perang permukaan peluru berpandu TLDM tersangatlah kurang bilangannnya. Masa dulu ada banyak tapi disebabkan pengurangan bajet pertahanan maka tinggal ajelah sikit sekarang ni. Dulu masa TLDM nak sangat korvet Nakhoda Ragam-class, kerajaan kata takde bajet pulak. Frigate Jebat batch 2 pula cancel. NGPV Kedah-class sampai sekarang ni belum ada dana disediakan untuk pemasangan peluru berpandu. Korvet Laksamana-class pun sama belum nampak dana untuk ganti sistem radar kawalan tembakan baru dan peluru berpandu baru, walaupun plan pemasangan dan penggantian peluru berpandu dan torpedo telah dibuat oleh TLDM untuk Kedah-class dan Laksamana-class dalam RMK-11 ni. Fast Attack Craft (FAC) usah cerita la. Bekas Panglima TLDM sebelum ni berkali-kali request mohon penggantian FAC yang dah mencecah usia 40 tahun. Maka buat masa sekarang ni, 6 buah Gowind-class SGPV yang dalam pembinaan dijadikan harapan untuk penambahan aset kapal perang permukaan peluru berpandu TLDM.


Berbalik kepada isu kapal pengawal pantai China dalam ZEE Malaysia, sebenarnya sesuai kalau kapal APMM yang 'shadow' dan 'show off' di situ. Namun aset kapal permukaan APMM pun dah tua belaka. Saiz pun tak besar mana nak duduk lama di Laut China Selatan kalau nak bandingkan kapal pengawal pantai China. Bergantung hanya diplomasi 100% tanpa 'show off forces' pada kami tak beberapa praktikal juga. Kapal China ada dalam ZEE Malaysia pun bukannya nak perang tapi nak bagi mesej kepada Malaysia 'kawasan ini kami punya'. Ramai rakyat Malaysia kata kalau TLDM ada kapal perang yang kuat pun bukan boleh menang perang dengan China. Benar susah nak menang perang tapi ini bukan pasal nak perang. Ini berkenaan kalau ada kapal perang TLDM dan kapal APMM yang sentiasa dapat meronda dalam ZEE Malaysia, ia boleh memberi mesej jelas kepada China bahawa kita pun boleh kata 'ini kawasan kami punya'.

No comments:

Post a Comment