Pada tahun 2009, berlaku perbalahan antara UK dengan US apabila US enggan membenarkan UK memiliki source code pesawat F-35. Perkara ini telah dilaporkan oleh Daily Mail UK yang mana mengatakan bahawa US enggan memberikan UK untuk memilki akses penuh source code F-35. Sebelum ini pada tahun 2006, US dan UK telah mengumumkan bahawa UK akan memiliki akses penuh terhadap teknologi dan source code F-35. UK yang merupakan penyumbang dana dari luar terbesar untuk program F-35, mahukan mereka mendapat akses penuh terhadap teknologi dan source code F-35. Tanpa source code F-35, UK tidak dapat untuk menaik taraf dan menyelenggara sistem pesawat (radar, sistem komputer pesawat & avionik), dan tidak dapat untuk mengintegrasikan sistem dan persenjataan seperti peluru berpandu Meteor BVRAAM pada F-35 milik UK. Untuk berbuat demikian, UK terpaksa memberikan F-35 milik mereka kepada US untuk US melakukan perkara tersebut, sedangkan UK mahukan F-35 milik mereka dilakukan oleh UK sendiri tanpa perlu mendapat kebenaran dan kelulusan daripada US.
Menurut US, mereka menyatakan bahawa kesemua pengguna F-35 boleh menghantar pesawat F-35 kepada US jika mahu apa-apa program naik taraf dan integrasi dilakukan terhadap F-35 mereka, tertakluk kepada kelulusan senat dan kongres US. US menyatakan sememangnya mereka tidak bercadang dan tidak mahu memberikan source code F-35 kepada mana-mana pelanggan luar F-35 kerana ia adalah teknologi rahsia US.
Perlu difahami, tanpa source code, tidak bermakna F-35 tidak boleh digunakan untuk membuat tembakan dan pengeboman. Ia cuma menghalang pengguna luar daripada mengubahsuai, menaik taraf dan menyelenggara sistem F-35 sesuka hati mereka tanpa perlu mendapat kelulusan dan kebenaran daripada US. Contohnya pengguna luar tidak dapat sewenang-wenangnya memasang sendiri sistem peluru berpandu buatan mereka (seperti Meteor BVRAAM) pada pesawat F-35 mereka tanpa mendapat kebenaran dan kelulusan dari US terlebih dahulu, namun F-35 mereka masih boleh menggunakan peluru berpandu AIM-9 dan AIM-120 yang sememangya telah sedia boleh guna pada F-35 mereka.
RAF F-35B
No comments:
Post a Comment