Saturday, 28 November 2015

Malaysia dan Laut China Selatan.

Kami melihat apabila melibatkan pencerobohan kapal perang dan kapal pengawal pantai dari China dalam ZEE Malaysia, ada rakyat Malaysia yang kata kenapa tak hantar kapal selam Scorpene pergi sergah kapal China tu. Di sini anda perlu faham fungsi dan tugas utama Scorpene milik TLDM. Ada aset laut yang boleh digunakan untuk tujuan 'show off forces mission', ada yang digunakan untuk tujuan 'stealthy mission'.



Anda perlu faham bahawa operasi Scorpene lebih kepada 'stealthy mission' yang mana ia tidak boleh mendedahkan lokasi di mana ia berada. Kalau anda bagi cadangan suruh Scorpene TLDM tu untuk surface dan shadow kapal China yang menceroboh masuk dalam ZEE Malaysia, boleh buat tapi tak praktikal dan tak taktikal. Scorpene adalah lebih praktikal dan taktikal untuk buat misi senyap dan sulit. Salah satu misi kapal selam selain memburu dan menyerang kapal musuh (semasa perang), ialah membuat rondaan mengumpul maklumat pergerakan kapal perang asing secara senyap (masa aman). Untuk membuat tugasan ini, Scorpene sama sekali tidak boleh mendedahkan lokasi di mana ia sering berada di Laut China Selatan. Sebab itu kami katakan timbul di permukaan semata-mata untuk 'show off forces' dan 'shadow' kapal pengawal pantai China tak praktikal, walaupun ia boleh dibuat.
Aset laut yang paling sesuai untuk tujuan 'show off forces' sudah tentulah aset kapal permukaan, dan sudah tentu lebih baik jika kapal perang permukaan tersebut 'bertaring' (seperti mempunyai persenjataan peluru berpandu dan torpedo berbanding sekadar hanya mempunyai meriam). Buat masa ini kapal perang permukaan peluru berpandu TLDM tersangatlah kurang bilangannnya. Masa dulu ada banyak tapi disebabkan pengurangan bajet pertahanan maka tinggal ajelah sikit sekarang ni. Dulu masa TLDM nak sangat korvet Nakhoda Ragam-class, kerajaan kata takde bajet pulak. Frigate Jebat batch 2 pula cancel. NGPV Kedah-class sampai sekarang ni belum ada dana disediakan untuk pemasangan peluru berpandu. Korvet Laksamana-class pun sama belum nampak dana untuk ganti sistem radar kawalan tembakan baru dan peluru berpandu baru, walaupun plan pemasangan dan penggantian peluru berpandu dan torpedo telah dibuat oleh TLDM untuk Kedah-class dan Laksamana-class dalam RMK-11 ni. Fast Attack Craft (FAC) usah cerita la. Bekas Panglima TLDM sebelum ni berkali-kali request mohon penggantian FAC yang dah mencecah usia 40 tahun. Maka buat masa sekarang ni, 6 buah Gowind-class SGPV yang dalam pembinaan dijadikan harapan untuk penambahan aset kapal perang permukaan peluru berpandu TLDM.


Berbalik kepada isu kapal pengawal pantai China dalam ZEE Malaysia, sebenarnya sesuai kalau kapal APMM yang 'shadow' dan 'show off' di situ. Namun aset kapal permukaan APMM pun dah tua belaka. Saiz pun tak besar mana nak duduk lama di Laut China Selatan kalau nak bandingkan kapal pengawal pantai China. Bergantung hanya diplomasi 100% tanpa 'show off forces' pada kami tak beberapa praktikal juga. Kapal China ada dalam ZEE Malaysia pun bukannya nak perang tapi nak bagi mesej kepada Malaysia 'kawasan ini kami punya'. Ramai rakyat Malaysia kata kalau TLDM ada kapal perang yang kuat pun bukan boleh menang perang dengan China. Benar susah nak menang perang tapi ini bukan pasal nak perang. Ini berkenaan kalau ada kapal perang TLDM dan kapal APMM yang sentiasa dapat meronda dalam ZEE Malaysia, ia boleh memberi mesej jelas kepada China bahawa kita pun boleh kata 'ini kawasan kami punya'.

Friday, 20 November 2015

Hawk 208 di Pangkalan Udara Labuan

Semua pesawat Hawk 208 dari No.6 Skuadron TUDM akan ditempatkan secara tetap di Pangkalan Udara Labuan dijangka pada suku pertama tahun 2016. Kerja naiktaraf pangkalan udara ini telah dilakukan untuk menempatkan sepenuhnya kesemua pesawat Hawk dari 6 Skuadron bersama pegawai dan anggota sokongan. Bilangan anggota di pangkalan udara juga akan bertambah apabila skuadron pesawat Hawk ditempatkan sepenuhnya di sini nanti.


Hawk 208

Saturday, 14 November 2015

B-52 Stratofortress Terbang di Spratly

Sebelum TUDM melaksanakan Eks PARADISE dan TDM bersama USMC melaksanakan Eks MALUS AMPHEX di Laut China Selatan dan Laut Sulu bermula pada 10 Nov 2015 lepas, dua buah pesawat pengebom strategik B-52 Stratofortress dari Guam telah terbang di Kepulauan Spratly, berhampiran dengan pulau buatan China di situ pada 8-9 Nov 2015. Pesawat B-52 tersebut terbang di ruang udara antarabangsa di kawasan tersebut, melebihi 12 batu nautika dari pulau buatan China. Menurut US, pesawat B-52 tersebut hanya membuat penerbangan rutin di Laut China Selatan dan kembali ke Guam selepas itu. Semasa berada di kepulauan Spratly, pesawat B-52 tersebut telah dihubungi oleh pihak kawalan radar darat China, namun mereka tetap meneruskan penerbangan di situ tanpa sebarang gangguan pemintasan daripada pihak China.


B-52 Stratofortress

Tuesday, 10 November 2015

Isu Source Code F-35 Lightning II: Perbalahan Antara UK dengan US

Pada tahun 2009, berlaku perbalahan antara UK dengan US apabila US enggan membenarkan UK memiliki source code pesawat F-35. Perkara ini telah dilaporkan oleh Daily Mail UK yang mana mengatakan bahawa US enggan memberikan UK untuk memilki akses penuh source code F-35. Sebelum ini pada tahun 2006, US dan UK telah mengumumkan bahawa UK akan memiliki akses penuh terhadap teknologi dan source code F-35. UK yang merupakan penyumbang dana dari luar terbesar untuk program F-35, mahukan mereka mendapat akses penuh terhadap teknologi dan source code F-35. Tanpa source code F-35, UK tidak dapat untuk menaik taraf dan menyelenggara sistem pesawat (radar, sistem komputer pesawat & avionik), dan tidak dapat untuk mengintegrasikan sistem dan persenjataan seperti peluru berpandu Meteor BVRAAM pada F-35 milik UK. Untuk berbuat demikian, UK terpaksa memberikan F-35 milik mereka kepada US untuk US melakukan perkara tersebut, sedangkan UK mahukan F-35 milik mereka dilakukan oleh UK sendiri tanpa perlu mendapat kebenaran dan kelulusan daripada US.
Menurut US, mereka menyatakan bahawa kesemua pengguna F-35 boleh menghantar pesawat F-35 kepada US jika mahu apa-apa program naik taraf dan integrasi dilakukan terhadap F-35 mereka, tertakluk kepada kelulusan senat dan kongres US. US menyatakan sememangnya mereka tidak bercadang dan tidak mahu memberikan source code F-35 kepada mana-mana pelanggan luar F-35 kerana ia adalah teknologi rahsia US.
Perlu difahami, tanpa source code, tidak bermakna F-35 tidak boleh digunakan untuk membuat tembakan dan pengeboman. Ia cuma menghalang pengguna luar daripada mengubahsuai, menaik taraf dan menyelenggara sistem F-35 sesuka hati mereka tanpa perlu mendapat kelulusan dan kebenaran daripada US. Contohnya pengguna luar tidak dapat sewenang-wenangnya memasang sendiri sistem peluru berpandu buatan mereka (seperti Meteor BVRAAM) pada pesawat F-35 mereka tanpa mendapat kebenaran dan kelulusan dari US terlebih dahulu, namun F-35 mereka masih boleh menggunakan peluru berpandu AIM-9 dan AIM-120 yang sememangya telah sedia boleh guna pada F-35 mereka.

RAF F-35B 

Saturday, 7 November 2015

Meteor BVRAAM (Beyond Visual Range Air to Air Missile)

Peluru berpandu ini asalnya dibangunkan untuk memenuhi keperluan enam buah negara Eropah iaitu UK, Perancis, German, Italy, Spain dan Sweden. Berkelajuan tinggi dan mempunyai daya manuver yang tinggi, peluru berpandu ini dijangka akan memasuki perkhidmatan pada tahun 2018 untuk menggantikan AIM-120 AMRAAM yang digunakan ketika ini oleh negara-negara Eropah tersebut. Meteor sedang dalam ujian integrasi dan penyesuaian sistem dengan pesawat Typhoon agar peluru berpandu ini boleh beroperasi dengan baik setelah memasuki perkhidmatan sepenuhnya kelak pada pesawat Typhoon Tranche 2 dan Tranche 3. Royal Air Force (RAF) Typhoon Tranche 1 berkemungkinan tidak sempat menggunakan peluru berpandu Meteor ini kerana dijadualkan untuk ditamatkan perkhidmatan dalam RAF bermula tahun 2017 dan digantikan dengan Tranche 3. 


Peluru berpandu MBDA Meteor bersebelahan dengan pesawat F-35 Lightning II.

Monday, 2 November 2015

Tiada Upgrade untuk MiG-29 RuAF

Russia Air Force (RuAF) telah mengambil keputusan untuk tidak melakukan mid-life upgrade terhadap legasi MiG-29 Fulcrum mereka yang masih dalam perkhidmatan kepada standard MiG-29SMT kerana ia sudah tidak lagi releven dan tidak lagi kos efektif untuk berbuat demikian. Sebaliknya RuAF mengambil keputusan untuk menggantikan legasi Fulcrum mereka dengan varian pesawat Flanker yang lebih terkini (Su-30 & Su-35) secara berperingkat. MiG-29 Fulcrum RuAF ketika ini mengalami kadar kebolehan operasi yang amat rendah. Namun begitu legasi Fulcrum ini akan terus digunakan buat sementara waktu dalam perkhidmatan RuAF, kebanyakannya ditugaskan untuk latihan pertempuran udara. 

Su-30SM