Thursday 17 December 2015

Sokongan Teknikal dan Alat Ganti Enjin A400M Malaysia

Kementerian Pertahanan Malaysia dan Europrop International (EPI) telah menandatangani perjanjian untuk menyediakan sokongan teknikal dan pengurusan alat ganti bagi 18 unit enjin TP400-D6, yang digunakan oleh pesawat A400M TUDM. EPI merupakan konsortium yang terdiri daripada MTU German, Rolls Royce UK, Safran Perancis dan ITP Sepanyol. Kerja-kerja tersebut akan dilakukan melalui syarikat Malaysia iaitu Global Turbine Asia, yang mana sebahagian sahamnya dimiliki oleh Safran.

A400M kepunyaan TUDM

Tuesday 8 December 2015

TLDM Mahukan 2 Unit Multi-Role Support Ship (MRSS) Baru

Panglima TLDM yang baru, Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin (yang menggantikan Laksamana Tan Sri Dr Abdul Aziz Jaafar) menekankan bahawa perolehan MRSS untuk TLDM sebagai satu keutamaan. Perolehan ini penting agar ia dapat menampung keperluan logistik ATM yang tinggi, disamping dapat membantu melaksanakan operasi serangan amfibia dengan lebih berkesan. Beliau berharap perolehan dua unit MRSS ini diutamakan oleh kerajaan. Sehingga kini, belum ada bajet diluluskan dan diperuntukan oleh kerajaan kepada TLDM untuk mendapatkan dua unit MRSS yang baru.

Buat masa ini TLDM mengoperasikan dua unit MRSS, KD Mahawangsa dan KD Sri Indera Sakti yang telah pun mencecah usia 32 tahun sejak mula memasuki perkhidmatan pada tahun 1983. 32 tahun sudah boleh dikira usia yang agak tua bagi sebuah kapal dalam perkhidmatan tentera laut, yang mana standard usia bersara dalam linkungan 35 - 40 tahun, dengan syarat buat 'service life extension program (SLEP)' ataupun 'mid-life upgrade (MLU)' pada usia 15 - 20 tahun. Kalau tak buat SLEP atau MLU maka pencen pada usia 20 - 25 tahun.

KD Mahawangsa

Susulan tamatnya perkhidmatan KD Sri Inderapura pada tahun 2010 akibat kebakaran yang melanda kapal tersebut pada tahun 2009 (rosak teruk dah tak boleh nak diselamatkan lagi), TLDM terpaksa bergantung sepenuhnya khidmat KD Mahawangsa dan KD Sri Indera Sakti. Kehilangan KD Sri Inderapura menyebab TLDM kekurangan MRSS pada tahap kritikal kerana terpaksa bergantung dengan hanya dua unit MRSS yang ada sahaja, yang mana kedua-dua kapal ini terpaksa digunakan secara maksima untuk 'cover' tugas KD Sri Inderapura.

KD Sri Indera Sakti (1503), KD Lekir (26) dan USS Chung Hoon

Susulan tamatnya perkhidmatan KD Sri Inderapura pada tahun 2010 akibat kebakaran yang melanda kapal tersebut pada tahun 2009 (rosak teruk dah tak boleh nak diselamatkan lagi), TLDM terpaksa bergantung sepenuhnya khidmat KD Mahawangsa dan KD Sri Indera Sakti. Kehilangan KD Sri Inderapura menyebab TLDM kekurangan MRSS pada tahap kritikal kerana terpaksa bergantung dengan hanya dua unit MRSS yang ada sahaja, yang mana kedua-dua kapal ini terpaksa digunakan secara maksima untuk 'cover' tugas KD Sri Inderapura.

KD Sri Inderapura